The Big Boss ialah sebuah syarikat penginapan dan dandanan (grooming) haiwan peliharaan yang berpangkalan di Sunway, Selangor. Pelancaran mereka ditangguhkan kerana wabak global. Tetapi untuk kelebihan mereka, terdapat permintaan terpendam untuk perkhidmatan ini.
Objektif
Mengambil kesempatan daripada peluang ini, matlamatnya adalah untuk membina laman web dan membangunkan strategi pemasaran digital untuk seiring dengan pelancaran mereka, dengan harapan dapat mengisi tempahan mereka untuk bulan tersebut.
Apa kita buat
Setelah memahami pelanggan dengan lebih baik, kami membina sistem tempahan yang memudahkan proses tempahan samada melalui telefon mahupun online.
Disebabkan oleh wabak itu, terdapat standard kesihatan dan keselamatan yang lebih tinggi.
Website ini dibuat untuk memudahkan pelanggan mencari dan memahami perkhidmatan yang tersedia, yang membantu mereka membuat keputusan untuk buat tempahan.
Penjenamaan
Strategi media sosial untuk membina komuniti berkenaan dengan si oyen. Kami berjaya mencipta website yang menghubungkan peminat kucing antara satu sama lain.
Ini membantu lebih ramai orang kenal pada nama The Big Boss dan meningkatkan penjenamaan dalam komuniti peminat si oyen.