Pengenalan
Klien Kita
ANA Build Sdn Bhd adalah satu syarikat pembinaan bertapak di Selangor. Mereka pakar dalam membina rumah dan juga renovation lot kedai. Walaupun pengasasnya seorang yang bercita-cita tinggi, beliau ingin membangunkan bisnes dia dengan konsisten dan selamat.
Objektif
Pejabat Digital berusaha untuk membangunkan website professional dan dijadikan sebagai ‘ejen’ yang mampu membawa leads selalu.
Kami fokuskan strategi kepada pemasaran media sosial, website dan pengiklanan Google untuk menangkap leads yang berkualiti.
Penjenamaan
Satu aspek pemasaran yang kami tekankan adalah branding atau penjenamaan sesuatu bisnes. Di dunia sekarang dimana kegunaan media sosial amat ketara, ia harus untuk setiap perniagaan mahupun dalam industri pembinaan untuk membangunkan brand atau jenama mereka supaya lebih mudah dikenali.
Istilahnya adalah ‘lebih kenal, lebih suka’.
Dengan adanya strategi website dan pengiklanan, bersama dengan penjenamaan, ekosistem inilah yang akan membawa kepada kejayaan.
Pengiklanan dan SEO
Internet di kuasai oleh Google iaitu satu syarikat ‘search engine’. Oleh yang demikian, pemasaran digital tidak akan membawa hasil tanpa pengiklanan Google.
Bersama dengan kemahiran tinggi Google Search Optimisation kami berjaya membangunkan website yang sudahpun disusun dengan SEO optimisation.
Di atas landasan yang kukuh ini, kami berjaya mencapai CTR setinggi 5.9% dalam 12 bulan pertama yang juga membawa 20-30 leads berkualiti setiap bulan.